Thursday, February 14, 2008



Biarpun sudah berhijrah kedarat dekat dua dekat, namun suasana kehidupan diKampong Ayer maseh segar aku rasakan. Terlalu indah untuk dilupakan , biarpun banyak kenangan pahit manis tersimpan disini, namun semua itu adalah satu yang indah biarpun ianya kadangkala ianya pahit.

Suasana malam dikampong Ayer pada zaman ku mungkin sekarang sudah amat berbeza dengan keadaan sekarang ini. Aku difahamkan pada masa ini apabila malam menjelang, anak - anak akan berkumpul dalam rumah, dan sudah jarang kelihatan kelibat anak - anak muda remaja berkumpul sambil duduk - duduk diatas jambatan, sambil bernyanyi dan bermain gitar. Itulah zaman remaja ku semasa aku tinggal dikampong Ayer.

Satu waktu yang tidak pernah luput adalah waktu percutian sekolah, waktu inlah yang dinantikan oleh anak - anak muda speerti aku ketika itu. Waktu itulah kami akan berkumpul sehingga lewat pagi, duduk - duduk santai diatas jambatan sambil bermain gitar dan makan - makan kacang. Bergurau senda. Sekitar tahun 80'an waktu zaman persekolahan ku, cuti panjang adalah sewaktu cuti puasa, dimana kami akan bercuti sepanjang bulan puasa sehinggalah seminggu leppas hari raya baru kembali sekolah. Dan masa inilah kami gunakan dengan berbagai aktivit ketika itu. Yang paling seronok pada cuti bulan puasa ini adalah masa untuk berkhatan atau masa untuk anak - anak bersunat, selain daripada itu juga sebelah malam kami akan bersembahyang terawih dibalai kampong kami dan selepas itu bertederus dari rumah kerumah. Itulah sbeahagian kenangan yang masih segar dalam ingatan ku.

Thursday, January 17, 2008

KAMPONG AYER , BANDAR SERI BEGAWAN DALAM KENANGAN




Semasa tinggal dikampong ayer, untuk pergi keBandar Seri Begawan adalah terlalu mudah, maklum sajalah Bandar Seri Begwan cuma diseberang saja. Jadi jika dibandingkan dengan sekarang ani, kadang - kadang untuk turun kebandar seri begawan pun sudah jarang kadang - kadang dalam seminggu pun jarang kan turun kebandar seri begawan jika dibandingkan dengan dulu.

Masa dulu, zaman remaja balik saja sekolah, bandar adalah merupakan distinasi yang akan dituju, bukan apa saja kan jalan- jalan. Ia tah siuknya tu masa tinggal dikampong ayer. Bila dikenang- kenang pun kadang - kadang terasa jua kerinduan masa remaja dan tinggal kenangan saja, yang mana kenangan ani tah yang akan diceritakan untuk anak2.

Water Taxi atau perahu tambang bayarannya untuk kesebarang kebandar seri begawan seorang 50sen saja, jadi dulu2 atu kalau kan kebandar saja walaupun inda beduit cukup tah seringgit saja cukup2 tambang perahu saja. Ia tah siuknya tu, walaupun tinggal didarat sekarang ani kemudahannya banyak dan lebih mudah inda payah angkut bukut macam tinggal dikampong ayer dulu. Kalau dulu especially kan hari raya, membeli barang terpaksa tah angkut bukut tu, lepas atu cari parking lagi yang payahnya,ia tah ganya kesusahannya tinggal dikampong ayer tu, tapi sungguh macam atu siuk bah jua, pasal KEhidupan dikampong ayer atu meriah bah masa atu, inda taulah masa ani.

KELAB PENYINAR MAJLIS AIDS BRUNEI DARUSSALAM



Kelab Penyinar Majlis AIDS Brunei Darussalam adalah kelab yang ditubuhkan dibawah Majlis AIDS Brunei darussalam, yang mana kelab ani digerakkan oleh para remaja yang terdiri dari golongan penuntut. Diorang yang dalam kelab penyinar ani adalah orang - orang yang banyak membantu kepada kemajuan kelab ani, diorang ani tah yang berusaha untuk sama - sama memajukan kelab penyinar dan jua Majlis AIDS Brunei Darussalam. Tahniah untuk diorang semua, kerana diorang sanggup berkeja keras demi untuk memajukan persatuan kami ani. Banyak aktiviti yang sudah diorang jalankan dan semuanya sukses. macam atu tah n tahniah untuk semua yang ada dialam Kelab Penyinar ani. Bagi yang diluar sana yang idada kan dibuat daripada kamu jalan2 inda tentu arah baik tah kamu join kelab penyinar ani, bia kamu didalam kelab ani banyak yang kamu akan pelajari, sebab kelab ani ada menyediakan berbagai aktiviti dan jua selain atu ada kursus jua untuk ahli2 nya. Ia tah baik tah kamu ikut remaja yang diluar sana daripada kamu lepak2 at least ada jua kan kamu buat.

BRUNEI DARUSSALAM AIDS COUNCIL & AKU

Majlis AIDS Brunei Darussalam atau BRUNEI DARUSSALAM AIDS COUNCIL adalah merupakan salah satu badan NGO yang berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai dengan bahayanya penyakiit HIV/AIDS.

Aku mula join BDAC pada awal tahun 2002, aku dipelawa oleh Auntie Nillie yang mana secara kebetulan aku jumpa disalah sebuah pasaraya. Aku yang memang suka dengan kehidupan bepersatuan terus teruja untuk join badan NGO ani. Banyak yang aku pelajari semasa aku join badan NGO ani, berbagai kursus aku ikuti dan jua aku adalah former SECRETARY GENERAL untuk badan NGO ani selama 2 tahun. Buat masa ani aku kan balik aktif semula, dan insyaAllah aku akan balik semula dalam masa terdekat ani.

Zaman Remaja dan Sekolah Menengah



Sekolah Menengah Awang Semaun
Ani tah rupa sekolah ku masa sekolah menengah, dan dalam gambar ani adalah kelas ku semasa aku dalam tingkatan 2H. Banyak kenangan yang terabadi ni masa sekolah disini ani. Zaman begauk ni masa disekolah menengah ani. Semasa diSekolah Awang Semaun ani, aku pernah didenda banyak kali, selalu kena panggil jumpa CIkgu Displin, maklum sajalah terlalu gauk bah. Ponteng sekolah adalah salah satu aktiviti zaman sekolah menengah ku kala boring kan sekolah. Kedai Haji Naim (Inda tau masih adakah lagi kadai atu lagi ataupun inda) adalah tempat lepak kami masa zaman sekolah, kedai soto Haji Salleh depan sekolah adalah tempat kami makan soto setiap habis sekolah. Semua kenangan ani indakan pernah luput dari ingatan ku. Terlalu banyak kenangan indah yang terabadi semasa bersekolah disini. Apa yang nyata, group kami intek 85 - 90 rekod kami belum pecah lagi sampai ani, kami mencapai peratusan lulus yang terbaik sehingga mengangkat nama awang semaun antara yang terbaik diBrunei, dan sampai ani rekod kami ani belum pecah lagi. Bermakna, zamana kami atu, walaupun gauk orangnya tapui kami mana lupakan belajar......hahahaha ye lah tu...!

Kenangan Zaman Sekolah



Kanak - kanak kampong Ayer


Zaman persekolahan ku adalah satu kenangan yang indakan pernah dilupakan, ianya adalah antara kenangan- kenangan yang paling inddah untuk diabadikan, dan antara kenangan yang indakann pernah dapat dilupakan. Zaman sekolah rendah adalah zaman yang paling mariah untuk diabadikan. Kawan - kawan sekolah seperti Ak Haji Amir, Maizan, Faizan, Metassan Chuchu, Mohammad Basir, Hamdani Buang dan ramai lagi adalah kawan - kawan baik semasa sekolah rendah.


Aku masih ingat zaman kami sekolah rendah, kami berkumpul dulu dirumah Ak Hj Amir ramai - ramai, kemudian tepat waktu untuk sekolah baru tah kami jln sama - sama. Kami suka berkumpul dirumah Ak Hj Amir sebab arahnya banyak mainan, so ia tah sebab nya kami suka berkumpul dsana awal2. So meriah lah jadinya. Aku bersekolah rendah diSeklah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar Kampong Peramu, jarak sekolah dari rumah ku berjalan kaki mengamnbil masa 10 minit, dan aku kesekolah berjalan kaki saja melalui jambatan. Ia tah uniknya jadi anak kampong ayer.






Zaman kanak - kanak ku di Kampong Ayer

Titian Kampong Ayer.
Ia tah keindahan dan keunikan kampong Ayer sebenarnya yang mungkin inda ada pada tempat lain. Dengan keadaan rumahnya yang berhampiran, menjadikan suasananya bertambah mariah. PAda zaman kanak - kanak ku, semasa aku tinggal dikampong ayer, suasana cuti sekolah adalah satu suasana yang paling mariah. MAklum sajalah masa ani tah kami berkumpul bersama kawan - kawan untuk bermain dan kadang - kadang mandi sungai. Namun suasana atu masa ani hanya tinggal kenangan bagi ku. Suasana dikampong ayer pun sekarang ani sudah banyak berbeza dari masa kami dulu - dulu.
Masa dulu, titian adalah tempat kami lepak, sambil berkumpul ramai - ramai, dan kami bermain gitar sambil bernyanyi. KAdang - kadang sampai jauh malam tah kami duduk di titian. Ia tah kenangan yang indakan pernah aku lupakan, keunikan tinggal dan menjadi orang kampong ayer, yang mungkin inda sama dapat dirasakan oleh mereka - mereka yang inda pernah tinggal dikampong ayer.